Wednesday, June 19, 2013

Report Card Day - 15/6/2013

Wahhh… 1st time nie ambik report card untuk Yaya
Tak tau nak cakap macam mana perasaan Mama nie..
Iyer la baru kindergarden pun kan..
Dengan perangai Yaya yang extra baik tu
Faham2 jer la…

Yang Mama boleh agak.. mesti ada comment macam nie
“Farra nie banyak cakap, suka kacau kawan2 dia”
Lebih kurang macam tu la…
Mula2 plan nak pegi pagi2 coz sessi tu start 8am to 3pm
Tapi ada last minute request from Kakak Tisya
Kakak Tisya ada project berkumpulan plak kena settle
So Kakak Tisya dah janji nak pegi umah Fatin pukul 11am
Terpaksa tukar plan la kan…

Lepas antar Kakak Tisya…
Straight pegi Genius Aulad Taman Tasik Prima Puchong…
Mak aii…!!! Parking penuh la plak…
Takpe Mama naik ngan Yaya jer la nampaknya
Abang Iman, Qiqi ngan Papa stay dalam keta yer..

Macam biasa tunggu turn la..
Yaya bebas berlari… dah sekolah diakan… ikut suka dia la
Yess!!! Turn dah sampai
Mama dah susun ayat nie… tapi memang dah plan tak nak tanya banyak
Sebab just nak dengar apa kata teacher dia..
As’salamualaikum Teacher…  cewahhh pembuka bicara
Dah salam dan sengeh2 segala bagai..
Baru la Mama tanya.. So teacher macam mana Farra kat sekolah??

Oppss lupa, nama teacher class Yaya Teacher Nor & Teacher Ira
Ayat pertama dari Teacher Nor…
“Hmmm… actually saya tak tau nak comment mcm mana”
Alamak… bunyi mcm tak best jer.. Yaya buat perangai ker kat sekolah
Takpe sabar… relax… tenang yer… tunggu ayat seterusnya… jgn cepat melatah
Sambil menoleh tengok Yaya…. Selamba jer muka dia.. Yaya la katakan..

Akhirnya tutur kata yang keluar dari mulut Teacher Nor
Buat Mama terdiam seketika, tak tau nak react macam mana
“Kami actually xde comment sangat pasal Farra, tak tau nak comment aper,
Sebab kami xde masalah ngan dia… dia jenis student yg senang diajar..
Jenis budak yang di ajar sekali dah mudah mengikut, and dia jenis yang
suka menolong tak kira siapa pun.. samada teacher atau kawan2 dia..
Dan dia adalah budak yang terlalu kerap volunteer untuk semua perkara..
Banyak cakap tu.. memang dia la..” sebenarya ada few things lagi yang teacher dia cakap..
tapi xpe la… nie pun dah panjang macam nak wat novel plak…
yang penting Mama bersyukur sangat…

Sambil tu teacher dia tunjuk la report card,  semua Alhamdulillah xde masalah
Dan comment teacher dalam report card Yaya..
Something yang boleh buat Mama tersenyum bahagia..
Syukur Ya Allah… segalanya adalah dengan izin mu…
Alhamdulillah… dengan kurniaan mu…

No comments:

Post a Comment